Luahan Hati Jamal Abdillah Isu Nabil

Jangan terus hentam, Nabil hanya membuat kerja dia iaitu menghiburkan orang. Kita kena faham tugas dia bukan sesuatu yang mudah untuk buat orang ketawa dan terhibur.

Dia hanya bergurau dan saya juga membalas kata-kata dia juga dengan gurauan. Bagaimanapun, oleh sebab ‘Jamal Abdillah’ ini bergurau dengan wajah yang serius, orang anggap saya marahkan Nabil. Sebenarnya, saya langsung tak marah, malah membalas kata-kata Nabil juga dengan niat untuk bergurau semata-mata.

Nampaknya, orang kurang faham dengan apa yang saya ‘guraukan’ itu dan membuat tanggapan bahawa saya marahkan Nabil. Saya berharap dengan penjelasan ini, tidak membuatkan orang marahkan Nabil lagi.


Diharap dengan penjelasan ini, semua pihak yang salah faham akan jelas dan tidak lagi buruk sangka terhadap Datuk Jamal Abdillah mahupun Nabil Ahmad. Biasalah kadangkala memang ada manusia yang bergurau dengan wajah yang serius. 

Orang kata gurau kasar. Salah seorangnya daripadanya adalah Datuk Jamal Abdillah. Semoga tahun depan Datuk Jamal akan memeriahkan lagi Gegar Vaganza 3. Seronok juga mendengar komen daripada otai. Sumber Utusan Malaysia.

0 comment... add one now